Monday, July 21, 2008

Directions to Kota Sri Mutiara, Map of Kota Bharu

Kota Sri Mutiara is located at the intersection of Jalan Sultan Yahya Petra (Sultan Yahya Petra Road) and Lorong Merican (Merican Street). You may see it on this interactive map by Google. On the map you may choose "Map" or "Hybrid" mode. You may need to enlarge the map, move it up or down, left or right.

Arah Jalan Ke Kota Sri Mutiara;

1. Laluan Kuala Lumpur>Kuala Lipis>Gua Musang>Kuala Krai>Machang>Kota Bharu:-

Kota Bharu terletak kira-kira 50 km dari Machang. Apabila tiba di Kota Bharu, anda akan melalui beberapa lampu isyarat. Apabila melepasi lampu isyarat di persimpangan dengan Jalan Telipot (sebelah kanan) dan Jalan Kota Darulnaim (sebelah kiri), teruskan ke lampu isyarat di hadapan, ambil lorong kanan. Sebagai landmark, di lampu isyarat ini anda akan nampak pusat beli belah KB Mall di sebelah kiri. And belok ke kanan di lampu isyarat ini ke Jalan Sultan Yahya Petra (ke arah Pasir Puteh). Teruskan perjalanan dan apabila hampir dengan lampu isyarat yang ke DUA (ke 2) anda akan nampak Hotel Renaissance dan pusat membeli belah Bilion di sebelah kanan. Di lampu isyarat kedua ini, belok ke kanan. Sepuluh (10) meter dari lampu isyarat ini ternampak tempat letak kereta di sebelah kanan dan sebelah kiri. Anda boleh buat pilihan:-

1.1 Tempat letak kereta di sebelah kiri tiada bumbung. Pejabat pegawai keselamatan (di mana anda akan mendafar masuk dan ambil kunci apartment) terletak di Bangunan Kota Sri Mutiara bertentangan dengan tempat letak kereta ini.

1.2. Tempat letak kereta di sebelah kanan ialah di B1 (basement 1) dan B2 (basement 2) dan mempunyai teduhan. Sekiranya letak kereta di sini, sila berjalan kaki naik semula ke Ground Floor (street level) dan pergi ke pejabat pegawai keselamatan terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke tempat letak kereta tadi untuk daftar masuk dan mengambil kunci apartment.


2. Laluan Kuantan>Kuala Terengganu>Jerteh>Pasir Puteh>Kota Bharu.

Kota Bharu teletak kira-kira 50 km dari bandar Pasir Puteh. Apabila tiba di Kota Bharu, ambil jalan menuju ke Pusat Bandar. Kira-kira 5 km sebelum tiba di pusat bandar Kota Bharu ialah pekan Kubang Kerian. Di sini anda akan melalui Istana Negeri di sebelah kanan.Bila tiba di lampu isyarat di hadapan ambil laluan mengiring ke kiri ke pusat bandar. Teruskan perjalanan melalaui beberapa (4) lampu isyarat hingga anda nampak bangunan tinggi 30 tingkat berwarna merah jambu (pink) di hadapan anda di sebelah kiri jalan (Jalan Sultan Yahya Petra). Belok KIRI ke Lorong (Jalan) Merican apabila tiba di lampu isyarat di tepi bangunan itu (Bangunan Kota Sri Mutiara dan pusat membeli belah Billion). Sepuluh (10) meter dari lampu isyarat ini ternampak tempat letak kereta di sebelah kanan dan sebelah kiri. Anda boleh buat pilihan:-

2.1 Tempat letak kereta di sebelah kiri tiada bumbung. Pejabat pegawai keselamatan (di mana anda akan mendafar masuk dan ambil kunci apartment) terletak di Bangunan Kota Sri Mutiara bertentangan dengan tempat letak kereta ini.

2.2. Tempat letak kereta di sebelah kanan ialah di B1 (basement 1) dan B2 (basement 2) dan mempunyai teduhan. Sekiranya letak kereta di sini, sila berjalan kaki naik semula ke Ground Floor (street level) dan pergi ke pejabat pegawai keselamatan terletak bersebelahan dengan pintu masuk ke tempat letak kereta tadi untuk daftar masuk dan mengambil kunci apartment.

Sekiranya ada masalah mencari tempat yang di tuju sila telepon saya 019 9800996.

Selamat bercuti dan pandu dengan selamat.

No comments: